29 April 2012

10 Pertanda Dia Jodoh Kita


Berikut adalah 10 pertanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
 
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan sederhana. Coba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dibuat-buat. Kadang-kadang, kita dapat merasakan dia sedang berpura-pura. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
 
 
 

2. Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak siang ataupun malam, tanpa dia terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah masa lalu yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu bahwa kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia bercerita kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak melarang apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang mudah dibuat-buat. Kita dapat merasa sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak jika berbuat curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahasia tersendiri. Adakalanya rahasia ini perlu diceritakan supaya dapat mengurangi beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahasia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahasia kita aman di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka merasa aman apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada kekasihnya dibandingkan teman-teman yang lain. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta abadi dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara baik itu perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas untuk membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Hal paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting karena ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini karena kita yang memikul beban tanggungjawab seratus persen. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mesti memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang bercerita, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam segala situasi. Entah kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Apabila dia senantiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kekurangan
Tiada orang yang sempurna di dunia ini. Penipuan jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna dari segala sudut. Pasti kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan hal yang menyebangkan untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalangi kita untuk mengetahuinya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikarunia Allah indra keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha kuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perencana di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah untuk mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya

Sumber : http://terselubung.blogspot.com/2011/02/10-petanda-dia-jodoh-kita.html

0 comments:

Posting Komentar